Menuju Ke Mina Melalui Terowong Tragedi Hitam Haji Di Mekah
Durioo+ Creators
•
18m
"Perjalanan Travelog Haji dari diteruskan dari Tanah Muzdalifah menuju ke Mina untuk menunaikan ibadah Jamrah Kubra.
Jemaah perlu berjalan kaki dari khemah di Mina ke Jamarat sejauh 2.5km melalui terowong Muassim.
Masa yang terbaik untuk melakukan Jamrah Kubro adalah pada waktu dhuha 10 Zulhijjah seperti yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabat semasa mereka mengerjakan haji pada tahun ke 10 Hijrah.
Sepanjang berjalan melalui terowong Muaassim seakan menyambut satu festival. Merayakan kemenangan yang bakal di diraikan.
Bayangkan 3 juta jemaah haji bergerak menuju ke tempat yang sama. Sudah pasti akan berlaku kesesakan yang maha hebat.
Ibadah haji akan menzahirkan siapa sebenar diri kita.
Ketika ibadah haji Allah tidak melihat berapa banyak duit yang kita bayar, berapa tinggi pangkat dan jawatan semua ini tiada nilai.
Kesabaran, khidmat, ikram, redha dengan ujian itu antara yang Allah tengok untuk mendapat Haji Mabrur.
Tidak akan ada seorang jemaah haji yang terlepas dari ujian ketika mengerjakan ibadah haji kerana Haji Mabrur itu terlalu tinggi nilainya.
Saksikan pengorbanan jemaah yang berusaha menyelesaikan manasik dalam mencari Haji Mabrur."
Up Next in Durioo+ Creators
-
Haji Terakhir Sebelum Covid19 - Trav...
"Kami sahut seruanMu ya Allah!
Masih terngiang-ngiang lagi kami bertakbir dan bertalbiyah bersama-sama dalam menyahut seruan Ilahi ke Baitullah.
Sedar tak sedar, rupa-rupanya dah genap 2 tahun kenangan terindah kami tersimpan kemas dalam ingatan.
Walaupun Haji sudah berlalu, moga-moga ruh kalima... -
Strategi Rare Masuk Ke Mekah Dari Azi...
"Ikuti sambungan kembara Travelog Haji kami kali ini di Aziziyah menuju ke Arafah. Kenapa kami bermalam di sini?
Apa yang menyebabkan ramai jemaah memilih untuk bermalam di Aziziyah berbanding tinggal di perkhemahan Mina?"
-
Dilanda Ribut Pasir Ketika Berwukuf D...
"Kembara Haji Rarecation di Arafah diuji dengan ribut pasir yang mengganas. Tanah Arafah yang sebentar tadi panas dan luas kini menjadi buas.
Bagaimana nasib jemaah haji yang sedang berwukuf?"