Haji Terakhir Sebelum Covid19 - Travelog Menuju Baitullah
Durioo+ Creators
•
16m
"Kami sahut seruanMu ya Allah!
Masih terngiang-ngiang lagi kami bertakbir dan bertalbiyah bersama-sama dalam menyahut seruan Ilahi ke Baitullah.
Sedar tak sedar, rupa-rupanya dah genap 2 tahun kenangan terindah kami tersimpan kemas dalam ingatan.
Walaupun Haji sudah berlalu, moga-moga ruh kalimah tersebut masih terus diucapkan oleh hati-hati kami semua dalam setiap genap kehidupan.
Melihat wajah-wajah jemaah mengimbau kembali kenangan menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
Lebih dari itu Ibadah ini harus dibalut juga dengan keikhlasan dan keyakinan yang didasari dengan ILMU. Sebab itu perjalanan Haji Rarecation sangat mementingkan program perkongsian ilmu kepada seluruh jemaah.
Perjalanan rohani yang bermula dari RPWP ini diraikan dengan doa dan pamitan selawat anak-anak syurga, asnaf dan anak yatim RPWP yang mengiringi perjalanan kami menuju ke Baitullah.
Saksikan perjalanan bersejarah Haji terakhir 2019 sebelum Covid19, semuanya bermula di sini."
Up Next in Durioo+ Creators
-
Strategi Rare Masuk Ke Mekah Dari Azi...
"Ikuti sambungan kembara Travelog Haji kami kali ini di Aziziyah menuju ke Arafah. Kenapa kami bermalam di sini?
Apa yang menyebabkan ramai jemaah memilih untuk bermalam di Aziziyah berbanding tinggal di perkhemahan Mina?"
-
Dilanda Ribut Pasir Ketika Berwukuf D...
"Kembara Haji Rarecation di Arafah diuji dengan ribut pasir yang mengganas. Tanah Arafah yang sebentar tadi panas dan luas kini menjadi buas.
Bagaimana nasib jemaah haji yang sedang berwukuf?"
-
Mendaki Ke Gua Hira Membongkar Ibrah ...
"Selesai mengerjakan ibadah wajib Haji, kami meneruskan kembara kami mendaki ke Gua Hira'. Tempat turunnya wahyu pertama untuk kami mengambil ibrah dan membongkar pelajaran dari sirah dakwah Rasulullah di kota Mekah.
Di sebalik kisah perjuangan Rasulullah, ada cerita tentang Jin Gua Hira' yang ...