Negara Yang Menghasilkan Sampah Terbanyak
8m 39s
Dunia selepas ini, mungkin boleh tenggelam dalam sampah, dan kadar peningkatan sampah semakin meningkat. Oleh kerana pertambahan penduduk, dan pertumbuhan kawasan bandar, jumlah hasil sampah setiap negara dijangka akan meningkat dengan anggaran sebanyak 70% sehingga 2050.
Kita sering memberikan tumpuan berlebihan kepada individu ataupun keluarga dalam penghasilan sampah, tetapi, sampah daripada kediaman hanyalah sebahagian kecil dari sampah yang dihasilkan oleh industri tertentu. Antara 30% dan 35% dari jumlah sampah yang dihasilkan di kebanyakan negara maju, dikaitkan dengan aktiviti sektor bangunan seperti proses pembinaan bangunan, pengubahsuaian, dan perobohan. Jadi video kali ini, kita akan melihat, negara yang paling banyak menghasilkan sampah. Untuk mengenal pasti negara pengeluar sampah terbesar, Senarai ini menggunakan kiraan per kapita, bagi sampah khas dan sampah pepejal biasa, yang dihasilkan oleh setiap negara, dengan mengambil data dari pangkalan data global "What a Waste" Bank Dunia.