Negara Tentera Paling Kuat di Dunia
10m
Pertahanan merupakan salah satu faktor penting dalam memastikan keselamatan sesebuah negara. Perkara ini juga meliputi kekuatan pasukan ketenteraan yang dimiliki oleh negara dalam menolak ancaman luar.
Setiap negara mempunyai inisiatif tersendiri dalam memperkuat dan memperkukuhkan ketenteraan masing-masing.
Kekuatan ketenteraan bukan hanya boleh diukur melalui peperangan sahaja, ia juga sebenarnya boleh diukur dengan mengambil kira kekuatan senjata, teknologi, latihan, jumlah tentera dan juga peruntukan negara kepada ketenteraan. Walaupun begitu, perbandingan ini adalah perbandingan dari segi kuantiti dan material sahaja, ia tidaklah boleh menentukan negara mana yang akan menang jika berlakunya peperangan.
Angka ini dikeluarkan oleh satu laman web statistik, Global Firepower, dimana tinjauan pertahanan secara tahunan ke atas 145 negara itu, menyusun kedudukan kuasa tentera daripada yang paling berkuasa hingga paling lemah. Data itu dibina berdasarkan lebih 60 faktor berasingan, untuk menentukan markah kekuatan sesebuah negara termasuk kategori ketenteraan, kewangan, keupayaan logistik dan geografi.