Menuju Ke Mina Melalui Terowong Tragedi Hitam Haji Di Mekah
18m
"Perjalanan Travelog Haji dari diteruskan dari Tanah Muzdalifah menuju ke Mina untuk menunaikan ibadah Jamrah Kubra.
Jemaah perlu berjalan kaki dari khemah di Mina ke Jamarat sejauh 2.5km melalui terowong Muassim.
Masa yang terbaik untuk melakukan Jamrah Kubro adalah pada waktu dhuha 10 Zulhijjah seperti yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabat semasa mereka mengerjakan haji pada tahun ke 10 Hijrah.
Sepanjang berjalan melalui terowong Muaassim seakan menyambut satu festival. Merayakan kemenangan yang bakal di diraikan.
Bayangkan 3 juta jemaah haji bergerak menuju ke tempat yang sama. Sudah pasti akan berlaku kesesakan yang maha hebat.
Ibadah haji akan menzahirkan siapa sebenar diri kita.
Ketika ibadah haji Allah tidak melihat berapa banyak duit yang kita bayar, berapa tinggi pangkat dan jawatan semua ini tiada nilai.
Kesabaran, khidmat, ikram, redha dengan ujian itu antara yang Allah tengok untuk mendapat Haji Mabrur.
Tidak akan ada seorang jemaah haji yang terlepas dari ujian ketika mengerjakan ibadah haji kerana Haji Mabrur itu terlalu tinggi nilainya.
Saksikan pengorbanan jemaah yang berusaha menyelesaikan manasik dalam mencari Haji Mabrur."