Kenapa Iklim Dunia Berubah
9m 16s
Iklim ialah cuaca yang sinonim di kawasan atau tempat tertentu, untuk satu tempoh masa, dan perubahan iklim berlaku apabila, cuaca mulai berbeza dengan suhu dunia yang semakin meningkat. Ia disebabkan pelbagai aktiviti manusia seperti pembakaran berbilion tan bahan api fosil, untuk kegunaan industri dan pengangkutan.
Pada Ogos 2021 sahaja, terdapat beberapa kejadian penting akibat daripada perubahan iklim global, iaitu banjir besar di China dan Eropah,, turunnya hujan buat pertama kali di di puncak tertinggi di Greenland, dan Taufan Ida berkategori 4 telah menghentam Louisiana, Amerika Syarikat pada 29 Ogos.
Walaupun perubahan iklim ini tidaklah merupakan pengakhiran dunia, dan bumi adalah sebuah planet dengan usianya sudah lebih 4.54 bilion tahun, dimana telah mengalami pelbagai bencana alam, namun hakikatnya, puluhan juta kehidupan manusia akan terkesan selepas ini.
Jadi dalam video kali ini kita akan melihat bagaimana perubahan iklim global berlaku dan kesannya.