Kenapa Australia Besar Tapi Kosong
9m 28s
Jika anda membandingkan keluasan Australia, yang hanya mempunyai 7 buah negeri, dengan Amerika Syarikat dengan 50 buah negeri, saiz Australia hanyalah kecil sedikit iaitu sekitar 7,692 kilometer persegi. Jika dahulu Rusia tidak menjual Alaska kepada Amerika Syarikat, maka saiz Australia jauh lebih besar berbanding negara tersebut.
Keluasan Australia hampir 23 kali ganda, jika dibandingkan dengan Malaysia, namun populasi di Malaysia lebih tinggi iaitu seramai 33.8 juta orang, berbanding dengan Australia, iaitu hanyalah sekitar 25.7 juta orang. Lebih menarik, jumlah populasi kambing di Australia lebih banyak berbanding manusia, kira-kira 150 juta.
Jadi, dalam video kali ini kita akan melihat, bagaimana sebuah negara yang bersaiz besar seperti Australia, mempunyai penduduk yang sangat sedikit? Teruskan menonton.