Islam Di Rusia
7m 46s
Islam Di Rusia Rusia ialah sebuah negara di Eropah Timur, di mana majoriti penduduknya menganut agama Kristian Ortodoks. Namun, Islam juga merupakan salah satu agama yang dianuti secara meluas di Rusia.
Malah, Islam adalah agama kedua terbesar di Rusia selepas Kristian Ortodoks. Menurut mufti besar Rusia, Sheikh Rawil Gaynetdin, masyarakat Islam di Rusia terus berkembang dan telah mencapai 25 juta orang pada tahun 2018, dengan kebanyakan orang Islam yang tinggal di negara ini, menetap di wilayah Moscow dan kawasan metropolitan utama lain, seperti St Petersburg dan Yekaterinburg.
Jika dilihat sejarahnya, Rusia sememangnya menjadi salah satu wilayah di Eropah yang menyaksikan era kegemilangan Islam, selain Sepanyol. Menurut laporan, jumlah populasi muslim di negara ini akan meingkat menjadi 30 peratus dalam tempoh 15 tahun.
Jadi, dalam video ini kita akan melihat sejarah dan perkembangan Islam di Rusia.