Season 1: EP 11
22m
Iwan berasa tertekan apabila berita mengenai pergaduhannya dengan Santokh tersebar ke seluruh sekolah. Dia meminta nasihat daripada kawan karibnya, Nasha. Pasukan Jayapati kini sedang bersiap sedia untuk perlawanan suku akhir dengan pasukan Ideraputera. Semasa latihan, Santokh tercedera di buku lalinya dan hal ini tidak diketahui oleh sesiapapun kecuali Iwan. Santokh meminta Iwan agar tidak menghebohkan hal itu dan mengugut untuk memberi mata lebam kepadanya jika dia tidak menurut permintaan tersebut. Iwan membuat keputusan agar mendiamkan diri atas rasa hormatnya kepada Santokh sebagai kapten. Pada penghujung episod, pasukan Jayapati telah bersiap-sedia untuk memulakan perlawanan suku akhir. Iwan pula pergi berjumpa dengan Tok Ayah untuk mendapatkan khidmat nasihatnya kerana berasa amat sedih mengenai apa yang berlaku di antaranya dan Santokh.