Bencana Alam Paling Dasyat Di Dunia
9m 8s
Secara statistik, dari tahun 1980, kejadian-kejadian bencana alam yang berlaku di seluruh dunia, mengalami kenaikan yang konsisten tahun demi tahun, dengan tiga kategori bencana alam terbesar, iaitu gempa bumi, banjir besar serta ribut taufan, yang dilihat semakin kerap melanda kawasan-kawasan yang terjejas.
Kajian juga sudah membuktikan bahawa, di antara semua benua yang berada di muka bumi ini, kawasan Asia adalah benua yang mempunyai risiko bencana alam paling tinggi. Jadi tidak hairanlah jika kita kerap kali mendengar, negara-negara yang terkesan teruk akibat bencana alam, merupakan negara di kawasan Asia.
Dianggarkan hampir 60,000 orang terkorban dalam bencana alam termasuk dari tragedi gempa bumi, letusan gunung berapi, taufan, tsunami, banjir, kebakaran hutan dan kemarau setiap tahun.
Jadi dalam video ini, kita akan melihat 10 kejadian bencana alam paling dasyat yang pernah berlaku di dunia dari tahun 1900.