-
Kompilasi Rimba Jimba - Pokok Misteri
-
Tidak Sampai-sampai
Sahabat Rimba bercadang untuk pergi berkelah. Di hari kejadian, Cuma Tupai yang menepati masa untuk berkumpul. Sahabat yang lain berlengah-lengah bersiap tanpa rasa bersalah. Akibanya kesemua mereka tertinggal bas.
-
Bercakap Besar
Satu pertandingan masak telah dianjurkan di Rimba Jimba. Tupai yang pernah memenangi pertandingan memasak mula riak dengan kebolehannya. Dia tidak mahu berkongsi resepi dan berazam mahu membolot hadiah kemenganan. Di hari pertandingan, Tupai gagal hadir kerana jatuh sakit.
-
Jom Mengecat
Harimau mengajak sahabat rimba untuk mengecat mencantikkan kediamannya. Maka mereka beria-iya menunjukkan bakat seni masing-masing. Malangnya mereka tidak meyedari cat yang digunakan adalah jenis cat yang akan hilang selepas satu jam mengecat.
-
Sediakan Payung Sebelum Hujan
Amaran hujan lebat yang bakal berlaku menyebabkan Penghuni Rimba bersedia dengan bekalan makanan dan berpindah ke tempat lebih tinggi. Namun amaran itu tidak diendahkan oleh Harimau dan Geng Buaya. Akibatnya mereka berdepan kesulitan.
-
Pokok Misteri
Kisah misteri sepohon pokok yang menghantui Penghuni Rimba. Berbagai kejadian pelik dan menakutkan telah berlaku. Rupanya ia di dalangi oleh Harimau yang mahu menyakat namun akhirnya, ia pula yang di sakat Ular.
-
Saat Terakhir
Ada pertandingan mengarang sajak bakal dianjurkan di Rimba Jimba. Semua Rakan Rimba bersungguh menyiapkan karya agung masing-masing. Tidang terkecuali Geng Buaya. Malangnya mereka telepas masa yang ditetapkan.
-
Memandang Rendah
Harimau ditimba dahan yang sekah sehingga pengsan. Seluruh Warga Rimba cuba membantu tetapi tidak berjaya mengalihkan dahan itu dari menghempap Harimau. Akhir sekali Tupai ingin mencuba tetapi diperlekehkan rakan-rakan. Namun mereka tidak menyangka rupanya Tupai mempunyai kekuatan yang tidak terd...
-
Bermain Origami
Permainan origami akhirnya menjadi huru-hara akibat Rakan Rimba yang terlebih kreatif. Mereka bukan sahaja mampu menghasilkan bentuk haiwan, bahkan kenderaan dan senjata berperang!
-
Bermain Go-cart
Penghuni Rimba gembira dengan permainan kereta gokart terbaru milik Rusa. Mereka bergilir-gilir bermain bersama sehingga akhirnya kereta itu rosak akibat kemalangan. Nasib baik Geng Buaya pandai membaik
-
Pokok Untuk Oksigen
Penghuni Rimba menyiasat pelaku misteri yang sanggup merosakan kebun Kenyalang. Beberapa saspek dikenalpasti namun apabila akhirnya misteri terungkai, pelakunya adalah yang tidak disangka-sangka!
-
Rekod Baru
Geng Buaya cuba mencipta rekod baru sukan terjunan ke dalam air. Di kemuncak acara, kepala seekor buaya tersangkut beg plastic yang menyebabkan kesemua peserta menjadi panik.
-
Alamak! Gatalnya!
Ungka selalu tergaru-garu. Rusa dan Tupai ingin menyiasat kenapa Ungka tergaru-garu tetapi Ungka melarikan dirinya. Tidak berpuas hati Rusa dan Tupai cuba menangkap Ungka sampai bergumpal-gumpal. Ungka akhirnya mengaku dia ada kutu tetapi kini kutu itu sedang menjangkiti Tupai dan Rusa!
-
Mesin Air Tin
Perangai tak senonoh Geng Buaya yang suka merosakkan harta awam dan membuang sampah sesuka hati mengundang musibah kepada diri mereka sendiri.
-
Kenyalang Terbang Tinggi
Kenyalang yang cekal cuba mencabar dirinya untuk menakluki pokok tertinggi di rimba. Cubaan demi cubaan dibuat. Berjayakah Enggang?
-
Tidak Mengenang Budi
Seekor buaya sakit tekak sehingga ia dijauhi oleh kawan-kawannya sendiri. Tupai yang kasihan melihat Buaya cuba membantu mengeluarkan apa yang tersekat di kerongkong Buaya. Namun setelah lega, Buaya cuba memakan Tupai sehingga menimbulkan kemarahan Rakan Rimba yang lain.
-
Rusa yang Sombong
ingkasan Cerita: Rusa terjumpa satu alatan lampu istimewa sehingga menjadikan ia sombong dan tidak mahu berkongsi dengan sesiapa. Alatan itu akhirnyan membawa musibah kepada Rusa namun tiada sesiapa mahu membantu. Ketika Rusa berputus asa, muncul Tupai menawarkan jasa sehingga Rusa menjadi terha...
-
Anda Terlalu Laju!
Geng Buaya bermain lumba-lumba di sungai. Riuhnya sehingga mengganggu ketenteraman Rimba Jimba. Rakan-rakan rimba cuba menasihati mereka tetapi tidak diperdulikan. Perlumbaan berakhir dengan kemalangan.
-
Pengajaran Buat Ungka
Ungka suka membuang sampah merata-rata. Ketika mencampak kulit pisang dari atas pokok, kulit tersebut mengenai tanduk Rusa. Rusa memarahi Ungka, namun Ungka mengejek dan mentertawakan Rusa. Kemudian terdengar jeritan Harimau yang terpijak kulit pisang dan jatuh. Semua haiwan panik dan Ungka cuba ...