Durioo SHOWTIME! (BM) 🌎
Durioo SHOWTIME! Siri animasi muzikal Islamik yang menggabungkan watak-watak penuh warna meneroka mesej dan nilai Islam. Dengan melodi indah, momen yang menyentuh hati, dan mesej-mesej dakwah yang segar, ini adalah persembahan muzikal yang pasti anda nanti-nantikan!
-
Kami Lebah | Durioo SHOWTIME! (BM)
Tahukah anda, lebah diceritakan di dalam Al-Quran? Mari berhibur dan belajar tentang kehebatan lebah yang Allah cipta.
-
Al-Fatihah | Durioo SHOWTIME! (BM)
Dengar dan fahami erti surah Al-fatihah di dalam lagu ini.
-
Zulhijjah, Pesta Ibadah | Durioo SHOWTIME! (BM)
Ketahui amalan dan ibadah yang boleh dilakukan di bulan Zulhijjah untuk mendapatkan pahala berganda.
-
Bunga dan Lilin | Durioo SHOWTIME! (BM)
Atasi kemarahan dan emosi berlebihan dengan cara mudah ini. Anda cuma perlukan imaginasi. Hidu bunga dan tiup lilin.
-
Saling Mendoakan | Durioo SHOWTIME! (BM)
Mari menyanyi dalam harmoni bersama-sama sambil mendoakan sesama insan.
-
Hebatnya Khadijah | Durioo SHOWTIME! (BM)
Siapakah wanita hebat yang diperkatakan ini? Beliau lah Siti Khadijah, seorang ahli perniagaan yang tersohor dan juga merupakan isteri Rasulullah SAW yang tercinta.
-
Hari Ini Raya! | Durioo SHOWTIME! (BM)
Ikuti Mina dan Mila menyambut Syawal yang mulia bersama keluarga dan jiran tetangga dengan bersederhana, ikut sunnah Rasulullah SAW.
-
Batal ke Puasa? | Durioo SHOWTIME! (BM)
Isaac risau jika banyak puasanya selama ini batal dan tidak dikira, sempatkah dia mengganti semua hari yang terbatal itu?
-
Manusia Luar Biasa | Durioo SHOWTIME! (BM)
Di hari perkhemahan pengakap, giliran Amna pula untuk berkongsi cerita bersama kawan-kawannya. Amna ada cerita yang sesuai untuk semua! Amna bercerita tentang manusia luar biasa iaitu nabi kita, Nabi Muhammad SAW.
-
Ciptaan Terhebat | Durioo SHOWTIME! (BM)
Oxford dan Harvard mengembara untuk mencari ciptaan Allah yang paling hebat.
-
Nantikan Episod Akan Datang!