Pengalaman Rare Haji Terakhir 2019 Ketika Mabit Di Mina
Durioo+ Creators
•
19m
"Mabit atau bermalam di Mina adalah berada di bumi Mina pada malam hari tasyrik iaitu pada 11, 12 & 13 Zulhijjah dalam tempoh lebih daripada separuh waktu malam atau sekurang-kurangnya 5 jam, dimana ianya adalah salah satu daripada wajib haji.
Haji mengajar kita banyak perkara. Sekecil-kecil bersyukur atas nikmat tidur yang sekejap, hinggalah mensyukuri sebesar-besar peluang menjadi hamba yang terpilih menjadi tetamuNya di sini. Tugas kita mencari ibrah, pelajaran dan hikmah di sebalik perjalanan haji.
Rugilah jika sejauh ini kita telah berjalan. Tetapi masih lagi buta menutup mata tanpa melihat sebanyaknya pelajaran yang dihidangkan Allah sebagai peringatan.
Sepanjang kami berada di Bumi Makkah antara isu yang kita sebagai umat Islam wajib ambil pelajaran adalah tentang KEBERSIHAN yang menjadi sebahagian dari iman kita.
Majlis Perbandaran Makkah akan mengendalikan 40,000 tan sampah sepanjang sepuluh hari hingga 13 Zulhijjah setiap kali musim haji.
Sehebat mana pun teknologi, kemudahan dan infrastruktur yang disediakan untuk kita mengerjakan ibadah haji, tetapi jika sikap, akhlak dan jiwa kita masih kotor - bagaimana kita nak mengharapkan diri kita mampu disucikan melalui ibadah haji?"
Up Next in Durioo+ Creators
-
Farasan Island - Pulau Pelancongan di...
"Trip pendek ke Pulau Farasan, Arab Saudi. Perjalanan hampir 12 jam daripada Riyadh ke Jizan, seterusnya menaiki feri ke Pulau Farasan. Yang paling best, naik feri percuma dari jeti Jizan ke Pulau Farasan."
-
Seharian Jejak Kaki di Jeddah
"Perjalanan diteruskan dari Abha ke Jeddah yang mengambil masa lebih kurang 7 jam pemanduan. Jeddah merupakan antara bandar utama di Arab Saudi. Cuma masa tak berapa menyebelahi kami untuk kami explore satu Jeddah. Jeddah merupakan bandar transit kami sebelum kami meneruskan perjalanan ke Madinah...
-
Bandar di Arab Saudi - Kota Abha
"Sempena cuti Aidiladha selama 6 hari, kami mengembara ke 3 bandar di Arab Saudi : Abha, Jeddah dan Madinah. Video kali ini saya kongsikan tentang Bandar Abha. Bandar Abha merupakan bandar yang terletak di kawasan tanah tinggi Arab Saudi. Suasana yang cukup berbeza yang sinonim dengan cuaca negar...