Negara Tentera Paling Kuat di Dunia
Durioo+ Creators
•
10m
Pertahanan merupakan salah satu faktor penting dalam memastikan keselamatan sesebuah negara. Perkara ini juga meliputi kekuatan pasukan ketenteraan yang dimiliki oleh negara dalam menolak ancaman luar.
Setiap negara mempunyai inisiatif tersendiri dalam memperkuat dan memperkukuhkan ketenteraan masing-masing.
Kekuatan ketenteraan bukan hanya boleh diukur melalui peperangan sahaja, ia juga sebenarnya boleh diukur dengan mengambil kira kekuatan senjata, teknologi, latihan, jumlah tentera dan juga peruntukan negara kepada ketenteraan. Walaupun begitu, perbandingan ini adalah perbandingan dari segi kuantiti dan material sahaja, ia tidaklah boleh menentukan negara mana yang akan menang jika berlakunya peperangan.
Angka ini dikeluarkan oleh satu laman web statistik, Global Firepower, dimana tinjauan pertahanan secara tahunan ke atas 145 negara itu, menyusun kedudukan kuasa tentera daripada yang paling berkuasa hingga paling lemah. Data itu dibina berdasarkan lebih 60 faktor berasingan, untuk menentukan markah kekuatan sesebuah negara termasuk kategori ketenteraan, kewangan, keupayaan logistik dan geografi.
Up Next in Durioo+ Creators
-
Pulau Paling Banyak Di Dunia
Dunia ini terdiri daripada beratus ribu pulau, yang diklasifikasikan sebagai daratan secara kekal di atas air, tetapi tidak dikenali sebagai benua, seperti Australia. Pulau terbesar di bumi adalah Greenland. Pulau biasanya sering dijadikan lokasi pelancongan yang menarik, dan dijadikan sebagai su...
-
Berapa Tinggi Bangunan Kita Boleh Bina
Manusia telah terpesona dengan bintang-bintang selama beribu tahun, jadi tidak menghairankan bahawa manusia berniat membina bangunan yang lebih tinggi dan tinggi untuk menghampiri bintang ini. Akhirnya, manusia akan bertemu dengan satu titik di mana kita tidak lagi boleh membina lebih tinggi dar...
-
Pulau Langkawi - Cuti | KuMika & KuHana
Cuti sekolah KuHana & KuMika bercuti di Kunang Kunang Pulau Langkawi. Merasa suasana kampung dulu dulu.