Kenapa Asia Mempunyai Banyak Bangunan Tinggi
Durioo+ Creators
•
8m 49s
Bandar-bandar yang kian berkembang pesat merupakan faktor utama peningkatan pembangunan bangunan tinggi, akibat kekurangan tanah dan juga persaingan untuk perkembangan ekonomi sesebuah negara. Fungsi dan cara pembinaan bangunan tinggi ini juga berubah mengikut peredaran masa, termasuklah dari segi kos, bahan-bahan binaan dan juga rekabentuk.
Jika 20 tahun yang lalu Amerika Utara mempunyai hampir 75 peratus bangunan tertinggi di dunia, tetapi kini ianya telah beralih ke benua Asia.
Kos pembinaan bangunan-bangunan ini juga telah meningkat, kerana kerumitan pendekatan kejuruteraan yang diperlukan, untuk menjadikannya lebih tinggi dan lebih tinggi lagi.
Contohnya, dahulu KLCC pernah tersenarai dalam 10 bangunan tertinggi dunia, namun kini telah digantikan oleh bangunan-bangunan baru yang lain.
Di Malaysia sendiri kita dapat lihat bahawa, hampir setiap tahun ada pembinaan bangunan pencakar langit yang baru.
Jadi, dalam video kali ini kita akan melihat kenapa bangunan-bangunan pencakar langit ini, lebih banyak dibina di negara-negara Asia.
Up Next in Durioo+ Creators
-
Perkara Yang Terjadi Sewaktu Bersukan...
Sukan adalah satu aktiviti yang bagus. Mari dengar kisah lama yang terjadi sewaktu aku bersukan.
-
DIY Magnetic Car
-
Pizza Gergasi Untuk Anak-Anak Yatim d...
Assalamualaikum. Untuk video kali ini, Tokwan buat Pizza Gergasi dan minum petang untuk dihidangkan kepada anak anak yatim dan asnaf. Semoga mereka gembira dengan hidangan ini. InshaaAllah, rezeki pahala kongsi bersama!