Islam Di Rusia
Durioo+ Creators
•
7m 46s
Islam Di Rusia Rusia ialah sebuah negara di Eropah Timur, di mana majoriti penduduknya menganut agama Kristian Ortodoks. Namun, Islam juga merupakan salah satu agama yang dianuti secara meluas di Rusia.
Malah, Islam adalah agama kedua terbesar di Rusia selepas Kristian Ortodoks. Menurut mufti besar Rusia, Sheikh Rawil Gaynetdin, masyarakat Islam di Rusia terus berkembang dan telah mencapai 25 juta orang pada tahun 2018, dengan kebanyakan orang Islam yang tinggal di negara ini, menetap di wilayah Moscow dan kawasan metropolitan utama lain, seperti St Petersburg dan Yekaterinburg.
Jika dilihat sejarahnya, Rusia sememangnya menjadi salah satu wilayah di Eropah yang menyaksikan era kegemilangan Islam, selain Sepanyol. Menurut laporan, jumlah populasi muslim di negara ini akan meingkat menjadi 30 peratus dalam tempoh 15 tahun.
Jadi, dalam video ini kita akan melihat sejarah dan perkembangan Islam di Rusia.
Up Next in Durioo+ Creators
-
Kenapa Panjang 1 Meter Satu Meter
Pernah tak kita tertanya satu meter ini apa sebenarnya? Kita tahu maksud satu depa, satu hasta, satu jengkal, sebab semua ni ukuran panjang anggota badan. Tapi satu meter ini pula... datang dari mana?
-
Matawang Paling Mahal Di Dunia
Apabila kita bercakap tentang mata wang popular di dunia, mata wang yang kita akan terfikir sudah tentu Dolar Amerika Syarikat, Euro, Pound, Yen, ataupun Rupee. Tetapi, tiada satu pun mata wang ini, berada dalam lima mata wang teratas di dunia pada tahun 2021, jika kita bercakap tentang nilainya....
-
Betul Ke Atom Ni Wujud
Dalam kelas kita biasa diajar bahawa segala yang berkaitan atom sebagai fakta kering dan 'seriuslah tak tahu!'. Termasuklah sejarah perkembangan atom yang biasa diceritakan sebagai licin dan tak bermasalah.
Tapi sebenarnya, kalau kita tanya soalan - soalan ""betul ke?"", cerita tentang atom akan...