Che Nat Family (BM)

Che Nat Family (BM)

Che Nat Family (BM)
  • Sukarelawan

    Arunasalam mengimbau kembali pengalaman sebagai anggota sukarela yang pernah menyelamatkan mangsa bangunan runtuh. Suatu hari keberanian Arunasalam terbukti apabila dia berjaya menyelamatkan pekerja-pekerja di bengkel keretapi dari kebakaran.

  • Pengakap

    Bain dan rakan-rakan menyertai aktiviti perkhemahan di hutan. Mereka merasa seronok dengan perkhemahan itu namun keseronakan itu terganggu dengan kelakuan Sahak yang selalu menyakitkan hati.

  • Siti 3

    Mengisahkan Siti telah dituduh mencuri sebilah keris sewaktu pameran barangan purba berlangsung. Siti bertekad untuk menyiasat kejadian sebenar dan rupa-rupanya Roy yang telah mencuri keris itu.

  • Kapal Selam 4

    Konflik yang terpaksa dihadapi oleh Che Nat dan Habarjan mengenai Kapal Selam ciptaan mereka itu. Kapal Selam mereka ditahan oleh pihak Tenteta Laut yang mengawal pantai.

  • Dunia Art 2

    Dr. Chong menerangkan mengenai penyakit Art kepada Che Nat dan Kalsom. Art merupakan seorang kanak-kanak istimewa yang lincah , hyperaktif dan sering berilusi.

  • Siti 2

    Siti menyertai pertandingan mengarang diperingkat sekolahnya. Siti berjaya layak ke peringkat separuh akhir. Kejayaan Siti dicemburui rakan sekolahnya iaitu Roy dan cuba menghasut Cikgu Zainal selaku pengadil pertandingan itu.

  • Majid Dan Odah

    Dua orang jiran Che Nat yang terlalu banyak bercakap tetapi kurang melakukan kerja. Majid terkenal dengan sifat panas baran dan suka membangkang manakala Odah terkenal sebagai pembawa cerita sensasi di kawasan perumahan itu.

  • Peniaga Kecil

    Bain yang bersemangat menjadi peniaga kecil demi mencapai impiannya dengan mengumpul wang untuk membeli kereta mainan idamannya. Gopi dan Govind turut membantu Bain yang berniaga komik , majalah dan barangan terpakai.

  • Sebalik Tabir

    Episod ini menceritakan tentang pembikinan animasi Che Nat. Dari permulaan mencetus idea yang ada untuk episod Che Nat sehingga ke bidang penapisan sebelum ditayangkan.

  • Kapal Selam 3

    Kapal Selam ciptaan Che Nat dan Harbajan menjadi perhatian pihak media. Bain pula mendapat pujian kerana menjadi kanak-kanak pertama yang berjaya memandu Kapal Selam buatan Malaysia itu.

  • Che Nat Boleh

    Episod ini menghimpunkan kisah-kisah Che Nat yang terdahulu untuk hidup maju dan harmoni dalam menempuh rona-rona kehidupan seharian.

  • Balik Kampung 2

    Keluarga abang Kalsom yang megah dengan kehidupan mewah dan moden mula insaf dengan perbuatan mereka terhadap kedua ibu-bapa dan keluarga iparnya apabila bertemu di kampung menyambut hari raya

  • Balik Kampung

    Kemeriahan hari raya sudah terasa. Che Nat dan keluarga pulang untuk berhari raya di kampung isterinya, Kalsom. Berbagai kejadian suka duka dilalui apabila keluarga Kassim iaitu abang Kalsom turut pulang beraya di kampung.

  • Ramadhan 2

    Che Nat menolong seorang tua yang bernama Yusof untuk mencari anaknya yang telah tidak ditemuinya selama 8 tahun. Akhirnya Yusof bertemu dengan anaknya di Balai Polis sewaktu anaknya itu membuat laporan polis kerana kehilangannya dari rumah orang-orang tua.

  • Semangat Kejiranan

  • Ibu Tiri

    Mengisahkan Bain menemui Sara yang tertidur di kawasan tapak pembinaan. Rupa-rupanya Sara salah faham terhadap ibu tirinya dan terpengaruh cerita ibu tiri seorang yang jahat.