Book-A-Bookoo: Jom Buka Buku! (BM)

Book-A-Bookoo: Jom Buka Buku! (BM)

Subscribe Share
Book-A-Bookoo: Jom Buka Buku! (BM)
  • Kompilasi Book-A-Bookoo - Dr. Bubbles Dengan Anak Kucing

  • Dr. Bubbles Dengan Anak Kucing | Book-A-Bookoo (BM)

    Lily merajuk kerana Rizq tak benarkan dia mandikan Meo si kucing. Untuk pujuk Lili, Rizq bacakan buku bertajuk 'Dr. Bubbles dan Anak Kucing', kisah mengenai Dr. Bubbles yang memberi makan kepada kucing-kucing jalanan dan kemudian membawa kucing-kucing tersebut pulang untuk dijaganya bersama rakan...

  • Wooli | Book-A-Bookoo (BM)

    Hari sudah lewat malam. Lily masih belum tidur. Dia minta Rizq bacakan buku supaya dia dapat tidur. Rizq bacakan buku bertajuk Wooli, kisah seekor anak kambing biri-biri yang tidak boleh tidur kerana cahaya bintang yang terlalu terang.

  • Cimut | Book-A-Bookoo (BM)

    Kaki Lily digigit kerengga sewaktu dia menolong ibu berkebun. Untuk pujuk Lily yang kesakitan, Mr. Bookoo menghantar buku bertajuk 'Cimut'. Ia mengisahkan kisah si Cimut si semut kecil yang selalu diperlekehkan oleh semut lain, tetapi Cimut berjaya membuktikan badan yang kecil tidak semestinya le...

  • Bubu Pemalu | Book-A-Bookoo (BM)

    Cuti sekolah hujung tahun selalu hujan. Rizq dan Lily tidak dapat bermain diluar. Mr. Bookoo menghantar buku baru bertajuk 'Bubu Pemalu'. Ia mengisahkan Bubu,seekor badak sumbu yang sangat pemalu namun menjadi wira kerana berjaya menyelamatkan hutan dari terbakar hangus.

  • Tolong Saya Tak Pandai Berenang! | Book-A-Bookoo (BM)

    Rizq dan keluarga hendak pergi berkelah di sungai. Dalam perjalanan, Rizq membacakan buku bertajuk 'Tolong! Saya Tak Pandai Berenang!'. Ia mengisahkan seekor harimau yang tidak pandai berenang dan diselamatkan oleh gajah dan tupai. Mereka akhirnya menjadi sahabat baik.

  • Kawan Dari Kepompong | Book-A-Bookoo (BM)

    Mr. Bookoo datang menghantar buku baru bertajuk 'Kawan dari Kepompong', mengenai Caca seekor cacing yang sedih kerana kawannya Rara si beluncas bertukar menjadi seekor rama-rama yang cantik.

  • Siapa Punya | Book-A-Bookoo (BM)

    Mr. Bookoo datang menghantar buku bertajuk 'Siapa Punya?'. Ia mengisahkan si Ayam yang menjumpai seutas rantai lalu memakainya. Kerana teringat pesan ibunya yang melarang mengambil barang bukan kepunyaannya, Ayam berusaha untuk mencari pemilik rantai itu.

  • Kasut Belang Hilang | Book-A-Bookoo (BM)

    Lily meragam kerana kehilangan kasut kesayangnya. Mr. Bookoo dengan pantas menghantar buku baru bertajuk 'Kasut Belang Hilang'. Ia mengisahkan tentang Belang, seekor anak harimau yang tidak boleh bermain di luar kerana kehilangan kasut.

  • Rama-Rama Dan Labah-Labah | Book-A-Bookoo (BM)

    Sementara menunggu ibu dan ayah pulang dari klinik, Rizq meminta Mr. Bookoo untuk menghantar buku baru untuk dibacakan kepada Lily. Buku ini bertajuk 'Rama-Rama & Labah & Labah'. Ia mengisahkan tentang seekor labah-labah yang membalas budi si rama-rama yang telah menyelematkan dia ketika hampir l...

  • Burung Dengan Asap Tebal | Book-A-Bookoo (BM)

    Lily demam dan dia meminta Rizq untuk bacakan buku. Buku bertajuk 'Burung Dan Asap Tebal', mengisahkan kawasan hutan yang diselubungi jerebu namun tindakan pantas si angin meniup semua asap tebal ke tempat lain dapat menyelamatkan semua binatang di situ.

  • Awan, Bintang Dan Bulan | Book-A-Bookoo (BM)

    Buku 'Awan, Bintang & Bulan' mengisahkan bintang yang sedih kerana awan selalu melindunginya. Bintang dan Bulan memarahi Awan. Rupanya, Awan melindungi Bintang kerana ia hendak menurunkan hujan yang lebat. BSelesai membaca buku, Lily mendapat kejutan kek harijadi dari ayah, ibu dan Rizq dan kemud...

  • Lili Dan Zuzu | Book-A-Bookoo (BM)

    Rizq membacakan buku baru bertajuk 'Lili & Zuzu' yang mengisahkan tentang Lily dengan boneka sarung kakinya bernama Zuzu yang bertukar menjadi boneka gergasi.

  • Sabarlah Kura-Kura | Book-A-Bookoo (BM)

    Buku 'Sabarlah Kura-Kura' mengisahkan Tupai yang selalu mengusik haiwan lain, termasuk Kura-Kura. Suatu hari, Tupai terjatuh ke dalam sungai dan hampir lemas. Kura-Kura yang ada di situ terjun dan menolong Tupai. Tupai berasa terhutang budi dengan Kura-Kura. Mereka menjadi kawan yang sangat baik ...