Episode 1
Bola Kampung Classic (BM) • 22m
Cerita ini bermula di daerah Pohon Bambu dalam kampung bernama Gong Lechar. Cerita ini mengisahkan tentang sekumpulan budak iaitu Iwan, Azizul, Santokh, Kumar, Szeto, Amad, Amid dan geng yang sangat menyukai bola sepak. Kemunculan Abdul Rahman di Sekolah Kebangsaan Jayapati sebagai guru Pendidikan Jasmani baru dapat merealisasikan impian mereka untuk bermain dalam pasukan. Cikgu Daud, Guru Besar sekolah itu mengumumkan bahawa pihak sekolah ingin menubuhkan sebuah pasukan bola sepak baru untuk bertanding dalam Perlawanan Antara Sekolah yang akan datang. Pemain-pemain yang bertanding di pertandingan tersebut berpeluang untuk dipilih menjadi wakil daerah. Dalam episod ini, Iwan akan menghadapi rintangan untuk merealisasikan impiannya, dan rintangan itu datangnya dari ayahnya sendiri!
Up Next in Bola Kampung Classic (BM)
-
Episode 2
Iwan dan kawan-kawannya berbincang tentang pertandingan antara kelas yang akan diadakan tidak lama lagi. Terdapat 4 kelas yang akan bertanding iaitu 5 Hijau, 5 Kuning, 5 Biru dan 5 Merah. Setiap kelas mempunyai pemain dengan kelebihan yang tersendiri. Dalam episod ini, bapa Iwan menyoal Iwan tent...
-
Episode 3
Pertandingan antara kelas sudah bermula! Perlawanan yang akan berlangsung selama 3 hari ini dijalankan dengan sistem liga di mana dua kumpulan yang terbaik akan bertemu dalam perlawanan terakhir. Perlawanan pertama antara 5 Merah dan 5 Kuning berakhir dengan Merah memenangi Kuning dengan mark...
-
Episode 4
Pertandingan antara kelas berterusan. 5 Hijau menewaskan 5 Kuning dengan beza kecil iaitu 1- 0. Santokh gagal menunjukkan kehebatannya apabila serangan dia dihentikan oleh adik-beradik kembar Amad dan Amid, serta penjaga gol Szeto yang menunjukkan pertahanan yang kukuh. 5 Merah menewaskan 5 Biru...