GET 50% OFF YOUR FIRST MONTH!

Limited time - use promo code: INTRO50 at checkout

Bola Kampung Classic (BM)

Bola Kampung Classic (BM)

Subscribe Share
Bola Kampung Classic (BM)
  • Season 1: EP 1

    Cerita ini bermula di daerah Pohon Bambu dalam kampung bernama Gong Lechar. Cerita ini mengisahkan tentang sekumpulan budak iaitu Iwan, Azizul, Santokh, Kumar, Szeto, Amad, Amid dan geng yang sangat menyukai bola sepak. Kemunculan Abdul Rahman di Sekolah Kebangsaan Jayapati sebagai guru Pendidika...

  • Season 1: EP 2

    Iwan dan kawan-kawannya berbincang tentang pertandingan antara kelas yang akan diadakan tidak lama lagi. Terdapat 4 kelas yang akan bertanding iaitu 5 Hijau, 5 Kuning, 5 Biru dan 5 Merah. Setiap kelas mempunyai pemain dengan kelebihan yang tersendiri. Dalam episod ini, bapa Iwan menyoal Iwan tent...

  • Season 1: EP 3

    Pertandingan antara kelas sudah bermula! Perlawanan yang akan berlangsung selama 3 hari ini dijalankan dengan sistem liga di mana dua kumpulan yang terbaik akan bertemu dalam perlawanan terakhir. Perlawanan pertama antara 5 Merah dan 5 Kuning berakhir dengan Merah memenangi Kuning dengan mark...

  • Season 1: EP 4

    Pertandingan antara kelas berterusan. 5 Hijau menewaskan 5 Kuning dengan beza kecil iaitu 1- 0. Santokh gagal menunjukkan kehebatannya apabila serangan dia dihentikan oleh adik-beradik kembar Amad dan Amid, serta penjaga gol Szeto yang menunjukkan pertahanan yang kukuh. 5 Merah menewaskan 5 Biru...

  • Season 1: EP 5

    Perlawanan penentu antara 5 Hijau dan 5 Merah berakhir secara dramatik. 5 Merah menunjukkan kawalan yang hebat di kawasan padang tengah dengan Iwan menunjukkan kebolehannya dalam mengawal kawasan tersebut. Dia membuka peluang bagi Azizul untuk menjaringkan gol sebelum dia turut menjaringkan sebua...

  • Season 1: EP 6

    Latihan menyeluruh untuk pemain-pemain Sekolah Jayapati bermula! Semua pemain diberi kasut bola serba baru yang ditaja oleh pihak sekolah. Pelbagai kejadian telah berlaku semasa latihan. Antaranya termasuklah dikejar anjing, menggunakan teknik latihan tradisional seperti mengopek kelapa dengan ta...

  • Season 1: EP 7

    Latihan buat pemain-pemain semakin intensif, menyebabkan para pemain hilang tumpuan dalam pelajaran mereka. Hal ini menyebabkan jurulatih Abdul Rahman berasa amat kecewa. Dia memberikan amaran tegas kepada pemain-pemainnya supaya meningkatkan presetasi mereka dalam pelajaran. Jika tidak, mereka a...

  • Season 1: EP 8

    Perlawanan antara sekolah sudah bermula. Terdapat 8 pasukan yang bertanding - Sekolah Kebangsaan Marakarma, Sekolah Kebangsaan Syah Mardan, Sekolah Kebangsaan Inderaputera, Sekolah Kebangsaan Syah Kobat, Sekolah Kebangsaan Bakawali, Sekolah Kebangsaan Jaya Langkara, Sekolah Kebangsaan Berma Syahd...

  • Season 1: EP 9

    Dalam perlawanan saringan, pasukan Jayapati bernasib malang kerana bertembung dengan pasukan Mahakarma di mana mereka teruk dikalahkan dengan skor 3-0. Iwan tidak berusaha sepenuhnya, dan membangkitkan kemarahan Santokh. Dia marah Iwan, dan di sinilah tercetusnya krisis di antara mereka berdua. S...

  • Season 1: EP 10

    Pasukan Jayapati menggandakan usaha mereka untuk perlawanan yang akan datang. Krisis di antara Iwan dan Santokh telah sampai ke kemuncaknya apabila mereka bergaduh sesama sendiri dalam satu perlawanan langsung. Hal ini menyebabkan jurulatih Abdul Rahman berasa amat marah. Santokh menyoal keupayaa...

  • Season 1: EP 11

    Iwan berasa tertekan apabila berita mengenai pergaduhannya dengan Santokh tersebar ke seluruh sekolah. Dia meminta nasihat daripada kawan karibnya, Nasha. Pasukan Jayapati kini sedang bersiap sedia untuk perlawanan suku akhir dengan pasukan Ideraputera. Semasa latihan, Santokh tercedera di buku l...