Bencana Alam Paling Dasyat Di Dunia
Tahukah Anda? • 9m 6s
Secara statistik, dari tahun 1980, kejadian-kejadian bencana alam yang berlaku di seluruh dunia, mengalami kenaikan yang konsisten tahun demi tahun, dengan tiga kategori bencana alam terbesar, iaitu gempa bumi, banjir besar serta ribut taufan, yang dilihat semakin kerap melanda kawasan-kawasan yang terjejas.
Kajian juga sudah membuktikan bahawa, di antara semua benua yang berada di muka bumi ini, kawasan Asia adalah benua yang mempunyai risiko bencana alam paling tinggi. Jadi tidak hairanlah jika kita kerap kali mendengar, negara-negara yang terkesan teruk akibat bencana alam, merupakan negara di kawasan Asia.
Dianggarkan hampir 60,000 orang terkorban dalam bencana alam termasuk dari tragedi gempa bumi, letusan gunung berapi, taufan, tsunami, banjir, kebakaran hutan dan kemarau setiap tahun.
Jadi dalam video ini, kita akan melihat 10 kejadian bencana alam paling dasyat yang pernah berlaku di dunia dari tahun 1900.
Up Next in Tahukah Anda?
-
Zealandia Benua Tersembunyi Yang Bar...
Di dalam Lautan Pasific Selatan (South Pacific Ocean), tersembunyi sebuah benua yang baru ditemui oleh manusia pada beberapa tahun lepas. Para pengkaji telah menjumpai bukti akan wujudnya benua ke-8, atau ke 7 bagi sesetengah kawasan, yang kebanyakan kawasannya masih tenggelam dalam lautan. Benua...
-
Islam Di Rusia
Islam Di Rusia Rusia ialah sebuah negara di Eropah Timur, di mana majoriti penduduknya menganut agama Kristian Ortodoks. Namun, Islam juga merupakan salah satu agama yang dianuti secara meluas di Rusia.
Malah, Islam adalah agama kedua terbesar di Rusia selepas Kristian Ortodoks. Menurut mufti b...
-
Bandar Paling Sejuk Di Dunia
Kepelbagaian bentuk muka bumi mengakibatkan variasi iklim dan perubahan musim. Cuaca bukanlah fenomena yang berterusan, sebaliknya ia sentiasa berubah, dan sebarang perubahan dalam keadaan persekitaran boleh menyebabkan pergolakan iklim yang hebat.
Negara-negara yang terletak berhampiran denga...