Kenapa Tembok Besar China Dibina
8 Ke 12 Tahun • 8m 23s
Tembok Besar China dikategorikan sebagai ‘The New 7 Wonders of The World’ dan juga warisan dunia yang dilindungi di bawah UNESCO (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization) dan terletak di bahagian utara negara China dengan panjang melebihi 20,000km.
Ianya sebenarnya bukan terdiri dari satu binaan sahaja, bahkan ianya adalah gabungan dari beberapa siri binaan tembok dan penambahbaikan dari struktur asal. Ianya dibina dalam tempoh masa 1700 tahun dari kurun ke-3 Sebelum Masihi hinggan kurun ke-17 Masihi di kawasan sempadan utara negara China sebagai tembok pertahanan Empayar-Empayar China.
Semuanya bermula pada kurun 220 sebelum Masihi, di bawah raja pertama China, Qin Shi Huangdi. Beliau mengarahkan penambahbaikan dan tembok-tembok pelindung yang dibina sebelum ini disatukan untuk melindungi penaklukan dari arah utara. Dan akhirnya tembok besar china tamat pembinaan dan pemulihan pada zaman dinasti Ming (1368-1644) dan pada waktu ini ianya berjaya menjadi binaan tentera paling besar.
Sebelum mengamalkan sistem empayar dinasti China, kerajaan-kerajaan di China sering bergolak sesama sendiri untuk merebut kuasa.
Up Next in 8 Ke 12 Tahun
-
Kenapa Panjang 1 Meter Satu Meter
Pernah tak kita tertanya satu meter ini apa sebenarnya? Kita tahu maksud satu depa, satu hasta, satu jengkal, sebab semua ni ukuran panjang anggota badan. Tapi satu meter ini pula... datang dari mana?
-
EP 31: Into The Sharks Jaw
Whilst Fritz and the G-Squads are stealing the submarine away from the White Kingdom, Theo is being attacked by mechanical sharks and torpedoes in the AquaBauwer race. Lena and Ben are made to walk the plank into shark-infested waters and Alexander Bluebeard sets off in search of Neptune’s Stone....